28 December 2013

Zina Mata [Part 1]





Penat. Lepas buat kerja tadi terlintas di fikiran nak pergi beli barang sikit. Kerap juga pakai baju sama keluar masuk pejabat. Bukan selalu beli baju. Sekali sekala keluarkan duit. Bukan bawa mati pun duit tu.

Sudah masuk tempat parking bawah mall midvalley. Susah juga nak cari parking. 30 minit baru dapat jumpa parking. Nasib baik dapat kalau tak dapat comfirm 1 jam baru dapat.

Masuk je dalam kotak turun naik, mungkin aku terlintas nak pergi makan dulu. Masa pun sudah pukul 7. Lebih baik isikan apa yang perlu.

Sampai je restoran yang aku pilih. Aku memilih tempat yang sesuai untuk orang bujang seperti aku ni. Aku memilih makanan yang sudah tertulis dalam segi empat yang penuh dengan pemilihan. Selesai sahaja membuat pilihan, pelayan itu terus pergi. Aku juga melayan perasaan. Pandang kiri kanan. Sudah terleka aku terbangun dari mimpi. Aku ternampak seorang wanita yang bertubuh yang dilitupi dengan hitam.

"Fuh yo!! Mata dia cantik kot. Mesti cantik rupa dia tu. Kenapalah dia berniqab tak dapat aku tengok muka dia. Haish rugi betul !" bisik hati si jejaka jutawan ni.

***************************

"Zulaikha, lepas ni nak pergi mana pula ya? Kita dah beli barang keperluan." tanya aina, sahabat kampusnya.

"Saya rasa nak pergi kedai buku lah. Saya nak cari buku yang dah lama nak cari. Kot-kot ada kat kedai tu. Boleh awak teman saya?

"Saya tidak kisah. Saya juga perlu buku untuk menambah ilmu pengetahuan. Tapi sebelum tu kita pergi surau dulu ye. Dah nak masuk waktu dah ni."

"Okay jom kita cari surau dulu. Buat saya pening je lah kat mall ni. Jalan pun pusing-pusing. Kenapa kita tak pergi mall berdekatan ya?"

"Hahaha. Apa awak ni nanti kita jumpa lah surau tu. Kat sana tak ada pilihan. Kat sini banyak pilihan sebab tu saya nak ajak awak pergi beli barang kat sini."

"Amboi gelakkan saya ya? Saya cubit awak nanti."

"Eh janganlah. Nanti tangan saya sakit siapa nak urutkan? Awak nak urutkan?"

"Saya boleh je. Tapi kena bersedia ya? saya cubit banyak-banyak nanti."

**************************

Selesai sahaja aku dinner aku terus berhajat untuk mencari perempuan yang baru tadi aku usha. Rasa macam tak sabar nak berhadapan dengan si dia. Kena kumpul tenaga ngorat nih!

15 minit kemudian.....

Aku melangkah kaki ke surau. Bukan nak pergi solat, tapi nak pergi cari si dia. Waktu maghrib akan habis tak lama lagi. Tapi aku terus mencari dia. Terleka dengan bisikan syaitan. Mencari hajat dunya. Memang gila habis.

Zulaikha dan Aina keluar dari surau selepas menunaikan solat waktu maghrib. Mereka berhajat untuk pergi ke kedai buku. Tanpa berlengahkan masa, mereka terus pergi mendapatkan apa yang dia inginkan. Tak sampai 10 langkah, aku dihalang oleh seseorang.

**************************

"Hi cik adik manis! nak pergi mana? Boleh saya ikut?"

"Saya rasa tak perlu kot kamu ikut kami ni. Ada apa kamu disini? saya tak pernah kenal dengan kamu. Kalau kamu ada hal ingin cakapkan pada kami langsung cakap pada kami terus. kalau tak ada hal penting tak perlulah kacau kami. Buang masa je." balas Aina dengan suara yang jelas-jelas tengah marah.

"Jangan marah. Saya cuma mahu nombor telefon kawan awak ni. Bukan awak ye. Sorry again."

"Saya rasa tak perlu bagi nombor telefon kepada kamu. Saya tidak akan bagi kepada orang yang saya tidak kenal. Ajnabi tak layak dapat nombor telefon saya. Maaf." Jawab Zulaikha dengan tegas.

Zulaikha dan Aina terus melangkah pergi ke kedai buku.

'Ah. Aku Khairi syafi'e lah! Mana ada perempuan jual mahal sebegitu. Aku tahu comfirm dapat nombor telefon aku mesti dia tergoda dengan aku.' bisik hati Khairi.

Dia sudah melangkah jauh. Tak akan hero nak tunggu kat sini kot. Hero tak akan mengalah. Buat malu je bila kalah dengan perempuan. Aku ikut gerak geri mereka berdua. Mereka tidak perasan aku berada di belakang mereka.

*********************

"Zulaikha, saya rasa mamat tadi tu ikut kita lah. Kenapa dia ni ikut kita? Saya rasa dia ni bukan orang senang mengalah kalau tak dapat nombor telefon awak tu."

"Biarkan je dia tu Aina. Jangan layan dia tu. Bukan penting pun kan."

Zulaikha dan Aina terus masuk di kedai buku MPH yang disediakan di mall ini. Zulaikha terus pergi almari buku yang tersusun di tempat-tempat islamik. Aina ikut sahaja gerak geri sahabatnya itu.

"Alhamdulillah jumpa pun!" bisik hati Zulaikha.

Ingin sahaja melangkah pergi. Aku terus menghalang dia buat kali yang ke-2.

"Ha. Nak nombor telefon awak dulu baru boleh pergi. Bagi lah nama awak ke apa." suara nakal si khairi terus kedengaran oleh el zulaikha ni.

"Eh kamu ni tak reti nak faham bahasa ke? Saya tak akan bagi pada sesiapa pun! Wajib ke saya beri pada kamu? apa motifnya?"

Aku tak berkelip bila dia marah sebegitu. Aku terus tengok mata dia.

"Cantik" jawab khairi.

"Dah kenapa dia ni." Zulaikha berlalu pergi meninggalkan aku.

Bersambung......

11 December 2013

Iman berhenti melayang.

Surah Al-Mulk dan As-Sajdah. Aku sudah selesai membaca surah yang disunnah membaca sebelum tidur. Aku simpan semula Al-Quran yang aku baca di atas rak buku khas untuk buku-buku agama yang aku baru beli sebulan yang lepas. Mata aku tertarik dengan satu buku yang dihadiahkan oleh ayah kepadaku. Aku mengambil buku itu dan bersila di atas sejadah yang aku sudah duduki beberapa minit yang lepas. Tajuk buku itu "Cara Terindah Hidup Bersyariat." Aku mengulang tajuk itu. Soalan terlintas di fikiranku.

"Aku ikut cara syariat islam ke?"

"Cukup ke dengan Solat dan membaca surat Cinta-Nya?"

"Ada aktiviti lain yang aku sudah langsaikan menarik cinta-Nya masuk dalam hatiku? Terus kekal?"

Pernah ke aku mencari segalanya? Mengkaji tentang hidup dunya. Aku terleka dengan dunya. Hanya menunaikan yang wajib. Yang sunat aku tidak pernah hiraukan. "Ah! Hinanya aku!" bisik hati.

Aku fokus pada satu surah. Surah al-Hijr, ayat: 99. "Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin atau kematian."

Adakah aku bersedia untuk menghadapi kematian? Adakah aku yakin atas segala ujianmu itu atas dasar cinta-Mu? Cukup kah aku hanya menunaikan rukun islam untuk menjadi mukmin yang cemerlang?

*************************************
Jam sudah menunjukkan pukul 12:45 tengah hari. Time untuk lunch. Aku keluar daripada syarikat. Aku bekerja di syarikat ayah aku. Aku akan mengambil alih syarikat itu nanti selepas ayah aku sudah yakin pada aku. Aku tak kisah kalau syarikat itu dibagikan kepada adik aku yang lain. Ayah aku bantah dengan keputusan aku. Aku sendiri tak tahu kenapa ayah aku sendiri nak sangat aku menjadi CEO kat syarikat dia. Mungkin aku ni anak sulung.

Aku memasuki restoran yang menarik hati aku untuk memasukinya. Biasanya aku makan di tempat biasa. Yang tidak mahal harganya seperti harga restoran makanan omputih yang aku masuk ini. Selalunya aku makan makanan berlauk bersama teh'o! Ngam sekali! Aku memilih chicken chop untuk membuka selera aku. Dan memilih Coffee White menjadi peneman chicken chop! 

Beberapa minit yang lepas, makanan aku sudah sampai di meja aku bersama coffee kegemaranku. Tanpa aku sedar ada seorang perempuan yang duduk di depanku sambil membuat gaya seksi dan manja. Aku tidak hiraukan. Aku teruskan menjamah makanan yang aku order tadi. Perempuan itu sudah buat muka kerana aku tidak melayannya. "Ah! Ada aku kesah?" bisik hati aku.

Perempuan itu tidak akan mengalah. Perempuan itu terus tanya kepada aku,

"Akmal, you ni dah kenapa? Kenapa sekarang you dah sombong? Dulu you yang suka layan I? Ke you ni dah ada perempuan lain? I tahu lah you ni playboy! Tapi takkan lah you dah ubah fikiran? Mana diri you yang manja tu? I suka yang dulu tu."

"Elliy, I nak berubah. I nak tinggalkan diri yang lalu. Sudah sampai masanya I nak berubah. I tak nak diri yang lalu. Diri yang lalu bukan sifat muslim. I nak jadi yang terbaik. Yang ingin mencari cinta-Nya. I rasa I tak nak jumpa you lagi. Maafkan I." Aku jawab soalan yang diberikan oleh si dia. Aku berlalu meninggalkan dia selepas aku membuat bayaran.

************************************

Selepas solat isyak aku tidur. Penat sangat. Aku berniat untuk bangun buat qiamullai. Pada pagi itu, aku sudah bersiap berwudhuk. Aku bentangkan sejadah untuk ber'dating' dengan Dia. Ya, dengan tuhan aku. Dengan pemegang hati aku.

Aku menunaikan solat witir, solat tahajjud, paling penting sekali solat taubat dan solat sunat lain-lain. Selepas aku menunaikan solat, aku bersila mengingat dosa silamku. Sungguh hina dengan diriku. Tak sanggup nak berdepan dengan Dia. Dosa terlalu bertimbun. Banyak sekali. Iman aku, dah lari kot. Aku tak tahu. Aku terus mencari iman aku. 

Takkan aku berhenti berusaha untuk menggapai cinta-Nya

"Allah takkan berhenti memberi ujian kepada aku. Allah sudah menunjukkan kasih sayangnya pada aku. Tapi aku, tak cukup nak beri kasih sayang kepada-Nya. Cinta-Nya aku kuburkan awal-awal. Firaun nya kau wahai sang ex-playboy!"


10 December 2013

Segar.

Menghirup udara segar.
Akan menyegarkan aku.
Free menghirup.
Syukur hanya bila sakit.

Mana ketaatan mu?
Mana keikhlasan mu?
Kesyukuran masih menunggu.

Air hujan membasahi negeri ku.
Aku hanya komplen.
Itu tak jadi.
Ini sana sini.

Apa yang aku mahu.
Hanya kebahagiaan.
Inginkan kesegaran dan tidak ingin kesusahan.
Bodohnya aku.

Pandang yang baik.
Yang buruk hilang di kotak fikiran.

Air mata membasahi pipi tembam.
Nanges.

08 December 2013

Seorang Pilot yang berakhlak.

"Adab dan akhlak yang buruk ibarat pasu pecah. Tidak dapat dicantumkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah." --- Wahab Ibnu Munabbih (Ulama')

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang. Aku mengulangi kata-kata ulama' yang menarik hati aku. Aku mahu mencari redha di ayat tu. Aku adalah paku untuk menjadi sasaran pak tukul warrington. Diam. Sunyi sepi. Ada aku dan kata-kata ulama' di kotak fikiran. Kata-kata yang masih berada di tempat istimewa di otak aku. Memori yang selalu aku ingin mengingatinya.

***************

Masa berputar kebelakang,

Nama aku Adam Lee. Aku kacukan cina thailand. Tinggal di keyyel. Sebelum aku masuk islam aku seorang pelajar paling nakal di sebuah sekolah. Aku selalu ponteng. Gaduh. Biasa lah, gangster bro. Aku bukan baik. Malah, aku seorang yang tidak mempunyai akhlak. Nasihat ibubapa, kawan dan guru aku letak tepi bak kata aku sendiri, aku berjalan di tepi sampah dan membuang plastik gula-gula getah di dalam tong. Ramai yang tertanya-tanya kenapa aku jadi bergini. Aku jadi bergini bukan selepas aku melihat dunia menggunakan mata dan meraung ketakutan. Tetapi, aku menjadi salah seorang gangster sekolah level profesional kerana masa aku di sekolah tadika. Aku ketakutan kerana aku sering dibuli. Aku seperti orang gila selepas aku balik sekolah aku selalu baling benda yang ada di rumah. Ibu aku selalu marah aku. Aku stress. Aku tertanya-tanya, kenapa aku selalu dimarahi? kenapa aku sering dibuli? Itulah sebabnya aku bertukar menjadi gangster. Dulu orang buli aku dan sekarang aku buli orang. Orang yang tidak bersalah akan dibuli oleh aku juga. Aku seperti budak tiada perasaan. Tiada lagi memberi peluang memberi kasih sayang kepada orang. Perasaan ditutup.

Umur aku dah masuk 17 tahun. Aku menghadapi SPM. Peperiksaan yang ditakuti pelajar batch itu. Aku rileks. seperti tiada apa yang penting. Aku tak berminat nak belajar tetapi entah kenapa aku masuk kelas yang pertama mungkin ini kelebihan yang aku ada. Dalam satu masa, ada pelajar perempuan yang baru pindah ke sini memperkenalkan diri dia. Orangnya cantik. Manis. Lembut. Bertudung labuh. Hati siapa yang tak suka. Aku hanya diam. Ramai juga lelaki yang ingin mencuci mata melihat dia. Mungkin selepas ini dia menjadi sasaran pelajar lelaki untuk menjadi pilihan isteri selepas kahwin nanti. Dia ditempat meja di depan aku. Aku memandang meja kembali menyambung membuat kerja. Entah kenapa perasaan aku sering terganggu.

Sesi pembelajaran biologi. Cikgu membina kumpulan untuk menyelesaikan tugasan. Aku ditempatkan di kumpulan seorang gadis yang baru pindah seminggu yang lepas. Macam biasa, aku selalu mengambil idea lawak untuk membuat kumpulan aku tertawa. Gadis itu hanya senyum. Tawa aku terus mati. Aku kembali membuat kerja. Gadis itu misteri. Selalu goyangkan perasaan aku. Aku dan gadis itu duduk di meja pilihan dia. Yang lain sibuk mengambil bahan. Gadis itu terus bertanya kepadaku.

"Teo, saya nak bagitahu kat awak. Awak nak tak pergi ceramah yang dianjurkan oleh sekolah? Ceramah ini tentang agama. Mana tahu, awak berminat nak masuk islam? Kalau awak nak tahu, Islam ni penuh keindahan. Islam akan indahkan awak. Tak percaya datanglah ceramah itu kat surau sekolah ye."

Aku tidak menjawab soalan si gadis itu. Aku hanya senyum. Aku diam dan berfikir sejenak soal gadis itu. Hati aku berminat nak tahu tentang islam. Aku mengambil langkah untuk pergi.

Ceramah yang dianjurkan oleh sekolah itu sudah habis. Hati aku senang. Suka dengan pendapat ustaz. Aku sorang sahaja yang bukan islam berada di surau. Semua orang hanya pandang sinis pada aku kerana mereka ingat aku ni gangster tidak dapat hadiri ceramah sebegini. "Jangan pandang rendah orang melayu!" bisik hati.

Aku mengambil langkah untuk baring di atas katil selepas aku menyiapkan kerja rumah yang cikgu hadiahkan untuk aku. Manis sungguh cikgu ni. Aku rasa berminat nak masuk islam. Ceramah yang diberikan oleh ustaz petang tadi memberi kesan pada hati aku.

2 bulan kemudian,

Tinggal seminggu lagi aku dah nak menjalani spm. Aku terus melangkah pergi ke surau. Mengambil wudhuk. Dan aku ingin menyelesaikan tanggungjawab aku kepada ilahi. Aku sebenarnya dah masuk islam. Nama aku dah tukar. Akhlak aku dah tukar. Dulu aku gangster dan sekarang dah jadi hamba yang menginginkan yang terbaik. Aku mencari jalan yang diredhai-Nya. Tanpa sedar ramai yang berbangga dengan aku. Diri aku yang lalu sudah terkubur dan sekarang aku menjadi diri yang baru. Diri yang menginginkan mengenali tuhan-Nya yang wujud iaitu Allah swt. Keluarga aku semua dah masuk islam. Alhamdulillah.

***********
Aku tersedar dari mengelamun. Sudah masuk waktu asar. Aku terus bangun pergi bersiap-siap dan solat di surau. Selepas habis menunaikan yang wajib aku terus balik ke rumah kerana ada benda perlu aku buat. Sampai sahaja ke rumah, Aku melihat barang aku sudah tersusun di ruang tamu. Aku tersenyum, Ibu aku sudah siap-siap untuk menghantar aku pergi ke KLIA. Aku sahaja yang berdiri di depan pintu sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Aku terus pergi masuk ke bilik dan terus menukar jubah yang ibu aku belikan di mekah minggu lepas dengan baju yang KLIA sedia kan untuk aku pergi melihat nikmat-Nya.

Sampai sahaja aku di KLIA. Ibu aku terus pergi meninggalkan aku. Siapa yang tak sedih. Tak sedar aku diterima untuk menjadi salah seorang juruterbang di KLIA. Aku gembira kerana cita-cita aku sudah aku capai. Aku menyarung topi yang khas untuk juruterbang di atas kepalaku.


***********************
TAMAT.

06 December 2013

Kekuate.

Kuat.
Bukan mudah-mudah kita nak dapat.
Bukan boleh beli tepi jalan.
Bukan boleh petik atas pokok.
Kadang pura-pura kuat.
Sedang-kan.
Tidak.

Tapi aku tahu Dia selalu titip kekuatan dari arah yang aku tak pernah tahu.

Aku tak pernah ada jawapan utk itu." via imumtahanah



Palsu.
Semuanya palsu.
Kau hanya kuat luaran.
Dalaman? lemah sangat.
Tapi kekuatan kesabaran-Mu.
Allah bantu.
Bertuahnya kau.
Dibantu oleh Allah swt.
Siapa yang tak nak kan?
Yang tak nak tu rugi.
Rugi besar.

Kekuatan bukan senang.
Kekadang ita jatuh tanpa sedar.
Terlalu lemah.

03 December 2013

Aku.

Aku tiada kuasa seperti tuhanku dan tuhanmu.
Kerana aku dilahirkan dengan tiada kuasa.
Aku bukan dilahirkan dengan sempurna.
Aku dilahirkan cukup akal dan otak.
Tapi aku tidak cukup untuk menahan segala nafsuku.
Aku selalu digoda.
Selalu juga dipaksa.
Aku tergolek. Jatuh tersungkur di dunia jahil.
Aku bukan superman, batman, catwoman or whatever.
Aku hanya insan biasa yang berdiri tegak di bumi ini.
Untuk memegang janjiku pada tuhan.
Untuk menjadi khalifah bumi.
Aku tidak cukup untuk menjadi khalifah seperti sahabat nabi yang lain.
Aku tak mampu. Aku selalu terlupa.
Aku terlena janji palsuku.
Aku selalu mengikut kata nafsu jahat.
Kata hati aku tidak hiraukan.
Manusia seperti aku.
Ada visi dan misi.
Jangan putus asa.
Allah selalu ada di samping kita.
Menyokong kita.
Aku ingin mencari redha-Nya.
Korek dan terus mengorek.
Tanpa memandang kata nafsu jahat.
Itulah aku.

27 November 2013

Bio-miss you. Part 2

3 minggu kemudian,
Aku teringat peristiwa lalu,
Terlanggar mamat kepala batu,
Aku senyum sendirian.
Tanpa sedar,
Mamat tu berada sebelah tempat aku.
Aku terkejut.
Aku mengalihkan mata memandang dia dengan mata singa.
Dia pandang aku dengan mata kucing tak makan sepuluh hari.
Mamat tu tegur,
"Minah, sorry tau pasal hari tu. Entahlah kalau aku tak mintak maaf,
Aku selalu teringat peristiwa tu. By the way, Aku Muhd Biosalamullah"
Aku jawab,
"Why kau panggil aku minah? Erm okay aku pun nak mintak maaf. Nama aku 
Nur Elisya"
Selepas peristiwa itu,
Aku tidak perasan,
Aku sedang bermain dengan cinta.
Dia pun sama.

4 bulan kemudian,
Aku berkahwin dengan dia.
Aku ingin menubuhkan keluarga sakinah.
Aku syukur.
Sekali lagi, I miss you Biosalamullah!
Miss bio.

Alhamdulillah.

Bio-miss you. Part 1

Pada musim salju,
Aku berjalan di bumi korea,
Tanpa menghiraukan orang lain,
Bermain dengan perasaan sendiri,
Mungkin ini yang terbaik,
Aku terus berjalan dan berjalan,
Aku tidak perasan,
Aku terlanggar seorang mamat entah apa,
Masing-masing sombong,
Tak mahu mengaku,
Ego boy and girl,
"Salah aku?
Mungkin tidak. Dia yang tak nampak" bisik hati.
Aku terpandang si dia,
Tanpa berkelip,
Allah, aku terus larikan pandangan,
Alahai, dah masuk zon zina.
Aku ingin pergi,
Tetapi aku dihalang olehnya.
Dia tanya padaku,
"Hoi minah, dah langgar buat bodoh je? Minta maaf boleh tak"
Aku jawab, "Lah brader, bukan kau ke yang langgar aku"
Dia marah aku,
Aku marah dia.
Satu kepala batu.
Satu lagi kepala kayu.
Haa elok.
Tanpa berlengahkan masa, 
Aku pergi.
Tanpa menghiraukan dia.


Diam.

Diam.
Adakah itu lebih baik?
Disaat aku menggoncang hati dia.
Aku dimarahi.
Aku disakiti.
Dia tak pernah ambil kesah.
Buat aku macam robot.
Suruh itu suruh ini.
Aku masih diam.
Dia tanya, jawab dengan ringkas.
Okay, aku tak mampu bertahan.
Dia tak bagi aku bahagia.
Aku diseksa.
Adakah ini satu ujian?
Goncang jiwaku.
Hatiku semakin pedih.
Ku lari.
Dan terus berlari.
Tanpa menoleh.
Aku terus dilanggar.
Aku diam selamanya.
Selamanya.
Kau bahagia aku tiada?
Cukupkah aku membuat kau bahagia?
Lebih baik aku pergi.
Aku ingin menghadap Tuhan.
Selamat tinggal.

From, Si Pendiam.

13 November 2013

Perjalanan

Perjalanan.
Masih jauh.
Menanti kehadiran Dia disisi.
Tanpa usaha.
Hanya pasir menjadi taburan.
Tanpa doa.
Diri ini kosong.
Diri ini terlalu sibuk.
Menanti hidayah atas langit.
Berjam-jam tak akan jumpa.
Tanpa mencari, hidayah tak datang.
Tanpa menjemput, hidayah tak turun.
Adakah urusan dunia menjadi alasan?
Apakah disaat masa masih ada,
hanya mengisi dengan perkara lagha?
Manusia apa ni?
Mana ketaatan? 
Mana keimanan?
Pendosa,
Perjalanan ke syurga.
Masih jauh.
Jauh sangat.
Jangan ingat keluar masuk kelab malam,
terus dapat tiket masuk syurga?
Pendosa,
Beringatlah,
Orang beriman tak pernah putus asa,
Mencari sinar dari syurga.
Mereka terus menunding diri sendiri,
Mereka berkata mereka hina!
Kamu? 
Masih tersenyum?
Masih blur?
Masih tak ingat dunia dan akhirat?
Kamu harus tahu,
Syurga itu mahal.
Perjalanan masih jauh.
Jangan berhenti sekerat jalan.
Teruskan perjalanan anda.

20 October 2013

Moga-moga.



SALAM ALAIK.


Moga aku kekal,
dengan cintaku pada ilahi.
Moga aku kekal,
dalam pelindungan abadi.
Moga aku kekal,
Istiqamah dalam beribadat.
Moga aku kekal,
menjadi sang pencari cinta ilahi.
Moga aku kekal,
berhijrah.

13 September 2013

Pandang sebelah mata.

Assalamualaikum.

Pandang sebelah mata.

Manusia,
Suka pandang sebelah mata.
Kelemahan kita dia nampak.
Tapi malangnya,
Kelebihan kita disorokkan.
Ya, kita berhijrah dan berdakwah
selalunya manusia pandang sebelah mata.
Pandangan dia tu macam hina.
Sangat.
Tapi tak mengapa.
Jangan risau.
Allah pandang kita dengan penuh kasih sayang.
Insya-Allah.

Sekian Terima Kasih.

Assalamualaikum w.b.t.

08 September 2013

06 August 2013

Pergi dan datang.

Assalamualaikum.

Pergi.
Kau.
Ye.
Kau.
Kau pergi meninggalkan islam.
Kau pergi tempat syaitan.
Kau lupa kau diciptakan oleh Allah.
Kau lupa.
Diri kau kotor.
Hati kau banyak daki.
Disebabkan bisikan nafsu dan syaitan.
Kau dah kalah.
Kau kalah dengan syaitan dan nafsu.
Syaitan pun senyum gembira.
Terlompat-lompat *Ohyeahh*
Hati kau tertutup.
Terkunci.
Tak boleh bukak.
Diri kau penuh syaitan.

Datang.
Meh datang kat sini.
*Sini? kat mana*
Di rumah Allah.
Taubat.
Minta keampunan.
Minta redha Allah.
Jangan putus asa.
Bersihkan segalanya.
Hati yang kotor tukarkan menjadi bersih.
Kau buatkan syaitan terduduk atas tanah.
Kau buatkan syaitan menangis.
Meh kembali ke jalan yang benar.
*Jalan?*
Ye. Jalan yang boleh Allah redha.
Jalan yang membuatkan Allah ampun kau.
Kembalilah.
Islam. 
Jangan biarkan Allah tak ampun kau.
Berusahalah.
Man Jadda Wajada.
InsyaAllah.

04 August 2013

Lelong Pahala

Assalamualaikum.




Seperti biasa, apabila datang bulan puasa, atau ada kematian, akan ada pihak membuat duit dengan mendakwa mereka boleh menghasilkan pahala berbayar yang akan ekspot kepada si mati ke alam barzakh. Ini dengan cara membayar wang kepada mereka yang berzikir atau membaca al-Quran yang dipanggil ‘tahlil’ khas yang berbayar.

Maka ramailah ‘tekong’ yang melimpah luah wang pada bulan puasa
 ini hasil daripada tempahan pahala orang ramai yang hendak dihantar kepada kaum keluarga mereka yang telah meninggal. Pahala yang ditempah itu, kelihatannya lebih laris dari kueh dan baju raya.

Seperti mana orang kaya pada hari raya akan lebih mewah dengan kueh dan baju yang tempah, barangkali hari ini ada yang menganggap mereka juga akan begitu mewah di akhirat dengan pahala-pahala yang dibayar dan dihantar ke akhirat untuk digunakan di sana bagi mendapatkan syurga.

Maka, barangkali ramailah yang akan menganggap nanti bahawa mereka tidak perlu banyak amalan untuk masuk syurga, tetapi perlu banyak duit kerena pahala boleh dibeli di dunia dan dikirim ke sana. Sehingga yang terbaru pahala itu boleh ditempah secara online.

Malangnya, oleh kerana yang berniaga pahala ini terdiri daripada kalangan golongan agama, maka banyaklah pula nas-nas yang dieksploitasikan untuk memastikan perniagaan pahala itu berjalan lancar.

Digunakan kenyataan ulama dahulu dan sekarang sehingga orang ramai yang jahil tidak dapat membezakan antara maksud sebenar para ulama itu dan ‘bisnes’ mereka pada hari ini.

Ya, memang terdapat perbezaan pendapat tentang sampai ataupun tidak bacaan pahala kepada si mati. Namun, pihak yang menyatakan sampai tidak pernah membenarkan ‘menjual pahala’ kepada si mati dengan bayaran seperti yang dibuat pada hari ini.

Di sini saya petik apa yang disebut dalam kitab akidah yang terkenal dan dianggap rujukan penting kesarjanaan Islam iaitu Syarh al-Tahawiyyah oleh Ibn Abi al-Izz al-Hanafi (meninggal 792H) yang merupakan salah seorang penyokong pendapat yang menyatakan bacaan al-Quran sampai kepada si mati, katanya:

“Ulama berbeza pendapat (mengenai sampai atau tidak kepada si mati) ibadah badaniyyah; seperti puasa, solat, bacaan al-Quran dan zikir.

Pendapat Abu Hanifah dan majoriti salaf ia sampai. Apa yang masyhur dalam Mazhab al-Syafi’i dan Malik tidak sampai” (m.s 458).

Seterusnya beliau menyebut:

“Adapun mengupah orang untuk membaca al-Quran dan dihadiahkan kepada si mati, ini tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun di kalangan ulama salaf. Tidak pernah disuruh atau diberi kelonggaran oleh mana-mana sarjana agung dalam agama ini. Tanpa sebarang perbezaan di kalangan ulama; mengupah untuk pahala bacaan adalah tidak dibolehkan. Apa yang mereka berbeza mengenai keharusan upah adalah dalam bab mengajar al-Quran dan yang sepertinya; di mana manfaatnya sampai kepada orang lain.

Pahala tidak akan sampai kepada si mati melainkan amalan itu ikhlas kerana Allah. Perbuatan upah itu adalah tidak ikhlas. Maka tiada pahala untuk dihadiahkan kepada si mati.

Maka jangan ada yang menyebut bahawa dia menyewa orang untuk berpuasa atau bersolat lalu dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Namun, jika dia memberi kepada sesiapa yang membaca al-Quran; mengajar dan belajar sebagai bantuan kepada ahli al-Quran, ini termasuk dalam sedekah, maka harus…jika dia berwasiat agar diberikan bahagian daripada hartanya kepada sesiapa yang membaca al-Quran di kuburnya, maka wasiat itu batil kerana termasuk dalam jenis upah…jika dia menentukan wakaf untuk sesiapa yang membaca al-Quran di kuburnya, maka penentuan itu batil.

Namun jika dia membaca al-Quran dan menghadiahkannya secara suka rela tanpa upah, maka ia sampai kepada si mati seperti mana sampainya pahala solat dan haji (m.s. 463-464, tahqiq: Ahmad Syakir, Riyadh: Wizarah al-Syuun al-Islamiyyah).

Inilah pendapat mereka yang bersetuju menyatakan ia sampai, bukan seperti yang diekspoitasikan. Jika nak cari yang sokong ambil upah memang ada, seperti mana ustaz yang kaki hisap rokok tentu menyatakan rokok makruh, walaupun seluruh fatwa antarabangsa; ulama dan para pakar kesihatan menyatakan ia haram.

-dr asri mantan mufti perlis

syawal. datang. Ramadhan. pergi.

Assalamualaikum.




Alhamdulillah. Pagi yang mulia ini ana masih update blog. hehe. Selalunya ana jarang update blog. Ehem ehem. Hari ni nak cerita pasal ana. Eh bukan pasal ana. Tapi pasal raya. RAYA?! Raya akan datang. Ramadhan akan pergi. Sedih kalau ramadhan nak pergi. Selalunya bulan ramadhan ni kena sabar sikit. Bukan sikit tapi banyaklah juga. Huh? Selalu bulan ramadhan orang akan timbulkan masalah aurat. Maklumlah orang zaman sekarang bukan reti jaga aurat. Orang kata "Bulan Ramadhan dah dekat, jom kita tutup aurat?" Heh. Nak cakap sikit ni, Bukan bulan ramadhan je kita kena tutup aurat. Bulan lain pun sama. Hormat k hormat. Bulan ramadhan memang bulan beribadat. Tapi bulan lain pun kena beribadat juga. Tapi ganjaran pahala orang yang beribadat pada bulan ramadhan ni besar. Banyak pulak tu. Tak ingin ke nak dapat pahala berganda? Tak nak? haih rugi je.

Raya tahun ni ana tak ada mood kot. "eh? apsal pulak?" yelah. Nak raya kat kampung bukan rumah makcik. Tapi nak buat macam mana kan. hmm.  Belah ayah ana raya kat selayang. Belah mak pulak kat terengganu. Tapi raya pertama kat selayang lah. hehe. Tahun ni tema warna coklat cair. Ingatnya nak warna pink. lol. okay fine. Permintaan aku tak dilayan. Sebab adik aku tak minat pink. Malu katanya. haha.

03 August 2013

Ramadhan, tahun ni bukan kali terakhir. InsyaAllah.

ASSALAMUALAIKUM.

Hari ni hari Ahad. 4/8/2013 atau 26 Ramadhan 1434. Ya Allah, ana dapat merasakan sekejap je ramadhan berlalu. Lagi beberapa hari nak raya. Ana sedang berfikir, Adakah puasa kita diredhai Allah? Adakah solat kita diterima Allah? Tidak pernah terfikir ke? Ya Allah. Air mataku mengalir kerana berfikir soal itu. Ana tidak tahu. Itu rahsia yang disimpan elok-elok. Okay ana nak buat satu cerita. Semoga cerita ini buat pengajaran Akhi wa ukhti.


Afif: Yeay! nak raya.
Hafiz: Hambuih, seronok ke nak raya?
Afif: Seronok sangat.
Hafiz: Tak sedih ke ramadhan akan pergi?
Afif: Ya Allah. terlupa.
Hafiz: biasalah tu manusia sering lupa. 
Afif: Hafiz.
Hafiz: Ye saya.
Afif: Aku terfikir. Adakah tahun depan aku akan dijemput ramadhan? Adakah aku akan hidup kat dunia ni?
Hafiz: Aku pun sama. Tapi lebih baik kita doa baik-baik semoga Allah panjangkan umur kita dan boleh merasa ramadhan tahun depan. 
Afif: Tapi kan..... Selama kita puasa ni adakah Allah terima? Adakah kita dapat pahala?
Hafiz: Hiks. Sahabat, Itu rahsia Allah. Kita berdoalah supaya amalan kita semasa ramadhan ini diterima Allah.
Afif: Hafiz. Kalau tahun depan aku tak ada. Aku sedih hafiz. Aku tak dapat merasa ramadhan.
Hafiz: La tahzan afif. Semoga Allah beri kita peluang untuk merasa ramadhan tahun depan.
Afif: Aku nak sangat iftar bersama-sama dengan kau tahun depan. 
Hafiz: Aku pun nak. Aku tak nak aku sorang je makan kat atas kerusi ni. hehe.
Afif: heh. Kau ni pun tak payahlah sweet bangett.
Hafiz: SEMOGA TAHUN NI BUKAN KALI TERAKHIR KITA BERPUASA.
Afif: AMIN YA RABBAL AL-AMIN.


Sahabat, adakah kita gembira kita akan meninggalkan bulan ramadhan? Sebagai seorang hamba Allah, mesti kelihatan sedih dan muram sebab ramadhan akan pergi. Sahabat, jangan fikir kita hidup kat dunia ni selamanya. Jangan terlalu yakin esok kita hidup. Ramadhan, kau jangan pergi boleh? ana sedih ni. 

26 July 2013

Butakan keburukan, Celikkan kebaikan

Tiada niat di hati ana untuk menyebarkan keburukan wanita yang menutup aurat melalui perkongsian pengalaman tadi. Cuma, apa yang ingin ana sampaikan cumalah kadang- kadang kita perlu mengetepikan keburukan yang ada pada orang lain demi membina ukhuwah sesama muslim.

Kebanyakan kita, suka menilai manusia pada luarannya. Ya, tidak dinafikan apa yang dizahirkan selalunya adalah apa yang tersirat di dalam hati seseorang. Kita menilai tanpa mengenali dan mendalami seseorang itu. Adilkah? Ana tidak bermaksud agar kita semua mengenali setiap orang yang kita bertemu untuk mengetahui sikap sebenar merekaTetapi, cukup rasanya jika kita membutakan mata kita dari melihat keburukan seseorang dan membuka mata seluas- lusanya untuk melihat kebaikan mereka.

Harus diingat, membutakan mata kita dari melihat keburukan orang lain bukan bermaksud kita membenarkan atau menghalalkan segala perbuatan buruk mereka. Tetapi, berpeganglah bahawa setiap manusia tidak sempurna. Andai tidak ditegur, manakan kita dapat melihat keburukan sendiri. Sentiasa berbaik sangka apabila melihat sesuatu keburukan. Mungkin mereka tidak tahu bahawa menutup aurat itu wajib. Apa yang harus kita lakukan adalah menegur, bukanya mengeji dalam hati.

Dalam membina ukhuwah, ianya lebih mudah jika kita melihat sesuatu yang baik pada orang lain. Lebih mudah untuk kita dekati. Bagaimana ukhuwah dapat dibina sedangkan kita asyik melihat sesuatu keburukan dalam diri seseorang. Dan harus kita ingat, sesungguhnya, kita juga insan yang sentiasa membuat silap, sama seperti orang lain.
Wallahua'lam.