11 December 2013

Iman berhenti melayang.

Surah Al-Mulk dan As-Sajdah. Aku sudah selesai membaca surah yang disunnah membaca sebelum tidur. Aku simpan semula Al-Quran yang aku baca di atas rak buku khas untuk buku-buku agama yang aku baru beli sebulan yang lepas. Mata aku tertarik dengan satu buku yang dihadiahkan oleh ayah kepadaku. Aku mengambil buku itu dan bersila di atas sejadah yang aku sudah duduki beberapa minit yang lepas. Tajuk buku itu "Cara Terindah Hidup Bersyariat." Aku mengulang tajuk itu. Soalan terlintas di fikiranku.

"Aku ikut cara syariat islam ke?"

"Cukup ke dengan Solat dan membaca surat Cinta-Nya?"

"Ada aktiviti lain yang aku sudah langsaikan menarik cinta-Nya masuk dalam hatiku? Terus kekal?"

Pernah ke aku mencari segalanya? Mengkaji tentang hidup dunya. Aku terleka dengan dunya. Hanya menunaikan yang wajib. Yang sunat aku tidak pernah hiraukan. "Ah! Hinanya aku!" bisik hati.

Aku fokus pada satu surah. Surah al-Hijr, ayat: 99. "Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin atau kematian."

Adakah aku bersedia untuk menghadapi kematian? Adakah aku yakin atas segala ujianmu itu atas dasar cinta-Mu? Cukup kah aku hanya menunaikan rukun islam untuk menjadi mukmin yang cemerlang?

*************************************
Jam sudah menunjukkan pukul 12:45 tengah hari. Time untuk lunch. Aku keluar daripada syarikat. Aku bekerja di syarikat ayah aku. Aku akan mengambil alih syarikat itu nanti selepas ayah aku sudah yakin pada aku. Aku tak kisah kalau syarikat itu dibagikan kepada adik aku yang lain. Ayah aku bantah dengan keputusan aku. Aku sendiri tak tahu kenapa ayah aku sendiri nak sangat aku menjadi CEO kat syarikat dia. Mungkin aku ni anak sulung.

Aku memasuki restoran yang menarik hati aku untuk memasukinya. Biasanya aku makan di tempat biasa. Yang tidak mahal harganya seperti harga restoran makanan omputih yang aku masuk ini. Selalunya aku makan makanan berlauk bersama teh'o! Ngam sekali! Aku memilih chicken chop untuk membuka selera aku. Dan memilih Coffee White menjadi peneman chicken chop! 

Beberapa minit yang lepas, makanan aku sudah sampai di meja aku bersama coffee kegemaranku. Tanpa aku sedar ada seorang perempuan yang duduk di depanku sambil membuat gaya seksi dan manja. Aku tidak hiraukan. Aku teruskan menjamah makanan yang aku order tadi. Perempuan itu sudah buat muka kerana aku tidak melayannya. "Ah! Ada aku kesah?" bisik hati aku.

Perempuan itu tidak akan mengalah. Perempuan itu terus tanya kepada aku,

"Akmal, you ni dah kenapa? Kenapa sekarang you dah sombong? Dulu you yang suka layan I? Ke you ni dah ada perempuan lain? I tahu lah you ni playboy! Tapi takkan lah you dah ubah fikiran? Mana diri you yang manja tu? I suka yang dulu tu."

"Elliy, I nak berubah. I nak tinggalkan diri yang lalu. Sudah sampai masanya I nak berubah. I tak nak diri yang lalu. Diri yang lalu bukan sifat muslim. I nak jadi yang terbaik. Yang ingin mencari cinta-Nya. I rasa I tak nak jumpa you lagi. Maafkan I." Aku jawab soalan yang diberikan oleh si dia. Aku berlalu meninggalkan dia selepas aku membuat bayaran.

************************************

Selepas solat isyak aku tidur. Penat sangat. Aku berniat untuk bangun buat qiamullai. Pada pagi itu, aku sudah bersiap berwudhuk. Aku bentangkan sejadah untuk ber'dating' dengan Dia. Ya, dengan tuhan aku. Dengan pemegang hati aku.

Aku menunaikan solat witir, solat tahajjud, paling penting sekali solat taubat dan solat sunat lain-lain. Selepas aku menunaikan solat, aku bersila mengingat dosa silamku. Sungguh hina dengan diriku. Tak sanggup nak berdepan dengan Dia. Dosa terlalu bertimbun. Banyak sekali. Iman aku, dah lari kot. Aku tak tahu. Aku terus mencari iman aku. 

Takkan aku berhenti berusaha untuk menggapai cinta-Nya

"Allah takkan berhenti memberi ujian kepada aku. Allah sudah menunjukkan kasih sayangnya pada aku. Tapi aku, tak cukup nak beri kasih sayang kepada-Nya. Cinta-Nya aku kuburkan awal-awal. Firaun nya kau wahai sang ex-playboy!"