29 November 2014

Tercatat.

Firash ingin melangkah masuk ke dalam kamarnya. Langkahnya terhenti sebentar. Firash melihat sekeliling. Sunyi. Tiada manusia. Niatnya terbatal. Dia memasang niat yang baru, mahu pergi ke tempat asalnya. Dia menuruni tangga dengan tersenyum riang.

Niat sebenar Firash mahu ke kamar kerana mahu sambung tidur. Kononnya nak qada'. Tetapi niat dia dah di 'delete dan 'follow' niat terbaru. Firash ingin menonton 'televisyen'. Lantas dia mengambil 'remote tv' dan menekan butang, mencari siaran yang menarik.

"Akhirnya...." bisik hati firash.

Dia terjumpa siaran yang melembutkan hati. Kuliah yang diberi masa sebanyak 30 minit. Dia menjadi khusyuk. Tanpa membuang masa dia mencatat kata-kata 'ostad encem' yang memang 'encem' orangnya.

Firash khusyuk mendengar kata-kata 'ostad encem' ni, katanya, ada sifat syaitan iaitu  “Memperdaya” (al-Gharur). Kamus ada menyatakan bahawa tipudaya syaitan membawa maksud menipu, menggoda dan memujuk. Firman Allah s.w.t; “maka janganlah kamu sekali-kali terpedaya oleh kehidupan dunia, dan jangan sampai kamu terpedaya oleh penipu dalam (mentaati) Allah”(Surah Luqman: ayat 33)

Firash  memejam matanya sebentar. Dan berbisik, "Ya Allah, adakah aku masih kuat untuk menahan segala godaan syaitan?" Air matanya mula mengalir.

"Argh.." firash mengeluh.

Firash terdengar bunyi sebuah kereta memasuki halaman rumahnya. Dia amat risau tentang keselamatan rumahnya.

"Siapa yang boleh masuk kereta di halaman rumahnya kecuali ibu bapaku? Bukankah ibu bapaku di luar negeri selama 3 hari 2 malam?" kata firash.

Firash membuka pintu utama. Terlihat wajah syurgaku tersenyum gembira. Ibu melihat putera mereka dengan penuh kasih sayang.

Firash pergi menyambut ibu bapanya. Lantas berkata, "Ibu, kenapa balik awal? Bukankah ibu berada di luar negeri selama 3 hari?"

"Ibu balik awal sebab rindukan firash. Ibu nak sangat melihat wajah kesayangan sebab ibu susah hati tinggalkan firash sorang-sorang dekat rumah ni". Ibunya menjawab soalan yang ditanya oleh si puteranya.

"Ish ibu ni. Firash dah besarlah. Janganlah risau. Firash tahu ibu risau sebab masa jahil firash terlalu nakal dan degil. And now, farish dah berubah. Insya-Allah." Firash tersenyum.

"Hmmm. Okey."

2 tahun yang lalu,

Firash masuk kelab motor rempit yang tak diiktiraf oleh kerajaan mana-mana pun sebenarnya. Dia seorang yang degil, nakal, derhaka kepada ibu bapa, tinggalkan rukun islam dan iman, penuh dengan dosa, dan ego mencecah langit.

Firash boleh dianggap buaya darat. Setiap malam ada awek-awek lawa menunggu. Dia puaskan nafsunya dengan mereka semua. Dia seronok dengan dunia seolah-olah dunia ini akan kekal. Tak pernah terlintas nak ingat Tuhan.

Pada suatu hari, Firash terkantoi. Ada manusia yang sudah diupah oleh bapa firash untuk merakamkan video panasnya dan hantar kepada ayah firash.

Pada malam itu dia balik selepas melepak dengan rakan-rakan. Firash melihat kedua-dua wajah ibu bapaku masam seperti cuka. Mereka seperti menunggu firash pulang. Papa firash bangun dari sofa, pantas tangannya tersentuh muka anak lelakinya itu.

"Argh." Firash mengusap perlahan-lahan pipinya. Sakit yang teramat.

Papa mula berbicara, "Firash, hang nak jadi apa? kenapa hang sanggup melukakan hati kami berdua? Kenapa hang sanggup menjatuhkan maruah kami?"

Firash menjawab dengan selamba,"Firash buat apa pa? Apa salah firash?"

"Hang boleh tanya papa? Ni apa hah!?" Papa menunjuk rakaman video panasnya.

Firash melihat wajah ibunya, dia menunduk kepalanya seolah-olah menahan kesedihan. Sayu hati melihatnya. Firash tak kuat. Firash mula menitiskan air mata di depan ibu bapanya.

"Papa... Ibu..." Firash memanggil ibu bapanya dengan wajah yang dipenuhi dengan air mata dosanya.

"Firash nak minta maaf sebab melukakan hati ibu dan papa. Firash tahu banyak dosa firash dekat ibu dan papa. Dan firash tahu, tak sepatutnya membuat ibu dan papa sedih. Farish jahil bu.. pa.." Farish menangis teresak-esak. Dia membiarkan air matanya terus mengalir. Lalu dia pantas masuk ke kamarnya.

Firash bersendirian, berfikir sejenak dan air matanya terus mengalir seolah olah air matanya ini seperti dosa. Dosa tanpa henti.

Lantas Firash bangun dari katil. Niatnya mahu ke tandas. Membersihkan diri dan dosa. Selepas mandi,sudah siap berwudhu', Firash bentangkan sejadah yang sudah lama tersimpan di dalam almari. Firash berniat mahu solat taubat, memohon keampunan dari-Nya.

-----------------------------------------------------------------

Ya,
Aku percaya Allah swt Tuhanku,
Aku percaya Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah swt,
Aku percaya wujudnya Kitab Suci Al-Quran,
Aku percaya dunia ini sementara,
Aku percaya Syurga dan Neraka itu wujud.

Dan... tercatatlah segala perbuatan diri ini. Yang terleka dengan dunia, membuat dosa tanpa henti. Tidak lupa juga, aku tidak boleh berhenti memohon keampunan dari-Nya. Kerana Allah swt itu maha pengampun.

Diri yang penuh dengan kejahilan, mudah digoda oleh Syaitan.



13 November 2014

Atuk.

http://www.espoirvie.tumblr.com

8/11/2014.

Tercatatlah tarikh peninggalan atuk yang tersayang.

Mohamad bin Nordin dalam ingatan.

Tak sangka, tapi itu yang terjadi,
Apa yang terjadi, kerana itu sudah tertulis,
Kenapa tertulis, kerana itu kehendak-Nya.

Siapa kita nak halang Dia.
Dia ada kuasa, kita?
Kita hanya hamba Dia.

Apa yang kita perlu buat sebagai hamba-Nya?

Ya, bersyukur.

Itu semua ujian.

Aku rindu atuk.
Aku akan ingat sampai bila-bila.
Jika aku masih kuat.

Tarikh tu juga aku pegang dahi, kaki dan tangan si arwah.
Hari terakhir aku melawat.

Maaf.

Maaf.

Aku tahu ada cerpen yang tergantung,

Aku akan cari usaha untuk siapkan,

Dan dapatkan mood untuk mula dari bawah.

Salah dan silap
harap dimaafkan.

Byebye.

Didik

Aku tahu kau pelajar medik,
Tapi kau harus jadi pendidik,

Didiklah diri jadi orang baik,
walaupun orang lain pandang kau macam pendek,

Jangan pandang mereka,
Mereka hanya menghasut kau,

Pandangan mereka hanya biasa,
Pandangan Tuhan lagi luar biasa,

Tak perlu takut jadi baik,
Yang baik dapat pahala.



15 June 2014

Terbanglah Doaku.

“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi."1 Air mata Raef mula menitis. Raef bangun, betulkan sejadah, lap air mata dan niat untuk solat taubat buat kali yang ke-sepuluh. Apa yang ada di hati Raef hanya Dia (Allah swt) yang tahu. Dia solat Taubat berulang kali kerana dia masih tidak percaya bahawa Allah swt menerima taubatnya. Keikhlasan dia, Allah sahaja yang tahu. Wallahu'alam.

Selepas Raef solat Taubat dan berzikir, dia mula menadah tangan. Menadah tangan dan berdoa itu adalah hobi dia. 

“Ya Allāh, sungguh aku telah banyak menẓālimi diriku, dan tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Maka, ampunilah aku dengan ampunan/maghfirah dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


Menangis dan terus menangis apabila diingatkan kisah yang lalu. 

2 Tahun yang lalu,








































1-Doa tersebut terdapat dalam Al Qur’an surat Al A’raaf ayat 23.