02 February 2014

Perindu Sang Khaliq (Part 2)

"Penyakit apa doktor??!" Wahid bertanya.

"Dia ada penyakit Hemofilia."

"Erm...... penyakit apa tu doktor?" Suara aku tersekat-sekat.

"Penyakit Hemofilia ialah sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan darah pesakit sukar untuk membeku hingga mengakibatkan pendarahan teruk walaupun hanya mengalami luka kecil. Penyakit ini menyerang terutamanya pada kanak-kanak dan remaja lelaki. Hemofilia menyebabkan pendarahan spontan, khususnya dalam otot, sendi atau organ dalaman yang bukan sahaja menyebabkan kesakitan tetapi juga kerosakan teruk pada sendi. Paling teruk boleh menyebabkan kematian awal. Terdiri dari Hemofilia A ( sedikit atau tidak mempunyai Faktor Pembekuan VIII ) dan Hemofilia B ( mempunyai sedikit atau tidak mempunyai Faktor Pembekuan IX ), penyakit ini boleh dirawat sekiranya mendapatkan rawatan yang betul dan pantas. Antara rawatannya ialah terapi asli pengantian FVIII melalui darah dan plasma yang memerlukan penjagaan rapi dari hospital, seterusnya langkah-langkah pencegahan seperti memakai kasut ketika berjalan di luar rumah dan sebagainya."

"Astaghfirullah Al Azim..." Tok Guru mengucap.

"Jadi doktor... dia tak akan selamat?"

"Sudah terlambat. Maafkan saya." Jawab Dr.Rashid.

"Berapa lama lagi dia boleh hidup doktor?"

"Lebih kurang 3 bulan lagi. Yang lain tu kita tawakal je lah. Biiznillah." Dr.Rashid pergi meninggalkan mereka berdua.

0400PM Madrasah.

"Arghh... kenapa kepala aku sakit ni.." Amar bangun sambil memegang kepala.

"Eh Amar! Baringlah dulu.. enta tak sihat." Wahid meletakkan kopiah di tepi katil. Dan duduk di sebelah Amar.

"Tak apa lagipun ana dah lama baring. Sakit pula pinggang ana ni." Amar senyum memandang gelagat prihatin sahabatnya itu.

"Erm... Amar.. Enta ada simpan rahsia penyakit dekat ana ke?" Wahid memulakan bertanya soalan yang mahukan jawapan daripada sahabatnya.

"Wahid.... Assif ya.. Ana tak berniat nak simpan penyakit ni. Lagi pun ana tak nak menyusahkan enta."

"Tapi enta dah sakitkan hati ana. Sampai hati enta ye!" 

Walaupun beremosi tapi tetap juga ada kemesraan tersimpan disebalik ukhuwah dia orang.

0715 PM-- Surau Asy-Syahid.

"Wahid... Sebelum ana meninggalkan dunia penuh dengan nikmat ini, ana nak sangat simpan 30 Juzuk Al-Quran kat dalam dada ana ni. Bukan di dada sahaja, malah di hati ini. Ana nak sangat meninggal dalam keadaan tersenyum dan berpeluh. Ana tak nak umi dan abah ana menangis. Ana tak nak adik-beradik ana tidak senyum lagi. Ana harap dapat jumpa mereka di Syurga." Amar mula menitiskan air mata.

"Amar.. ana tahu apa yang enta nak sangat. Ana faham. Mari sama-sama kita masuk syurga."

Selepas 3 bulan 9 hari kemudian,

"Wahid, esok nak masuk bulan Ramadhan. Ana rasa seronok sangat dapat habiskan 30 juzuk Al-Quran. Ana rasa ana nak meninggal kat sini."

Wahid tersenyum walaupun nampak segaris kekecewaan.

0430 AM -- Hostel.

Selepas aku menunaikan Qiyamullai, aku terus bergerak ke hostel untuk menjenguk sahabatku yang masih terlena.

"Amar.. oh... Amar. Bangunlah. Kenapa enta tak bangun-bangun lagi ni? Bukan ke enta selalu bangun lebih awal daripada ana?" 

Aku terus goyangkan badan Amar. Tidak terbalas. 

'Kenapa badan Amar rasa lain?' bisik hati. Aku tidak dapat merasakan nafas si dia. Aku mengambil tangan Amar dan merasa nadi dia. 

"Innalillahi wainnailaihi raajiuun."

Selepas memandikan jenazah. Aku melihat wajahnya tersenyum. Jenazahnya pun tidak seberat batu yang besar. Dahi dia penuh dengan peluh. Alhamdulillah Allah dah terima permintaan dia. Syukur! Dia adalah Perindu Sang Khaliq yang tegar! Allahuakbar.

Surat daripada Amar untuk sahabatnya, Aku. 09 Julai 2013.

"Wahid, syukran selama ana di madrasah ini enta selalu ada di sebelah ana. Susah atau senang enta selalu ada. Berusrah sama-sama. Pergi masjid sama-sama. Gelak ketawa sama-sama. Cari ilmu sama-sama. Yang tak kesampaian lagi, pergi melangkah syurga sama-sama. Ana harap enta teruskan hidup demi syurga yang abadi. Ana tak nak enta sedih sebab ana dah pergi jumpa Allah di sana. Enta jangan futur, Allah sentiasa ada untuk enta. Kirim salam sayang daripada saya untuk semua. Assalamualaikum, sahabat yang aku kasihi."

Amar,

Aku pasti akan ikut kau ke sana. Aku akan usaha. Inshaa Allah. Biiznillah.