06 April 2014

Hafeez Al-Miqdad.

Alhamdulillah pagi yang indah penuh barokah buat pahala pun 'sodap'. Nikmat yang Allah beri, nikmat yang manusia selalu lupa siapa 'pemberi'. Ingat-lah yang memberi itu Allah swt.

Nama aku Muhammad Hafeez Al-Miqdad. Aku dilahirkan seorang Islam. Ibu bapaku Islam. Tapi kalau nak tahu, kehidupan kami sekeluarga bukan mengikut syariat 'Islam'. Aku sedar yang aku ni orang berada. Menggunakan harta tak ingat Allah swt. Boros ke jalan Syaitan. Aku lupa selama ini Allah bagi aku peluang hidup sebab Dia nak kita bersama Dia kat Syurga nanti. Tapi semuanya adalah disebabkan aku sendiri. Aku tak sedar. Aku tak Tarbiyyah-kan diri aku ni. Sekarang tak ada masa nak menyesal. Selagi ada peluang, aku nak gunakan.

"Abang apish! Turun sarapan! Mummy panggil suruh makan bersama-sama." Haneez membuka pintu bilik Abangnya.

"Okay sekejap Abang turun ye." Air mata yang turun aku lap serta merta supaya adiknya tidak sedar atas lamunanya sebentar tadi. Kemudian aku melipat sejadah yang terbentang.

"Eh. Abang Apish buat apa tadi? Kenapa ada sejadah kat tangan Abang?" Soal Haneez yang sedang buat muka berkerut.

"Tadi, Abang buat Solat Dhuha. Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga." 

"Oh! iye ke? Tak pernah dengar pun! Mummy dengan Daddy tak ajar adik pun. Kenapa Abang boleh tahu?"

"Guru Abang lah yang ajar. Guru yang buka hati Abang. Tetapi Allah yang penyebab segalanya yang  berlaku." Aku hanya mencubit pipi si Haneez yang baru berusia 7 tahun ini. 

Aku dan Haneez berpimpin tangan, menuruni tangga.

"Good Morning handsome boy!" Mummy peluk aku dengan erat.

"Assalamualaikum and good morning mummy." Aku berbalas pelukan.

"Erk....... Waalaikumussalam. Erm... Anak mummy ni buat apa kat atas?"

"Oh Abang...." Belum menjawab soalan mummyku, Haneez cepat-cepat menjawab.

"Mummy, Abang katakan dia buat solat dhuha. Solat pembuka rezeki. Sebab tu Allah limpahkan rezeki kat kita kan mummy. Haneez bersyukur sangat!" Haneez menjawab bersungguh-sungguh.

"Hafeez!!! Kenapa kamu ajar dia macam ni hah?" Mummy bertanya kepadaku dengan nada yang meletop habis.

"Ajar apa mummy? Hafeez ajar yang betul mummy. Apa salahnya abang bawa adik pergi syurga sama-sama? Apa salahnya abang nak ajar adik solat? Abang nak keluarga kita ni tak roboh disebabkan kita tak berpegang pada ajaran yang benar? Supaya ukhuwah keluarga ni pegang pada syariat Islamiah." Nada aku lembut. 

"Mummy kecewa! Tak sangka kamu cepat berubah. Siapa yang buat kamu berubah hah? Mummy tak ajar macam ni!" 

"Allah swt yang bagi Hidayah turun ke hati abang, suruh abang berubah. Memang mummy tak ajar, tapi Islam yang suruh mummy ajar dan didik abang dan adik-beradik yang lain. Mummy sanggup ke nak tengok anak yang paling mummy sayang, mintak tolong kat pintu neraka nanti? Mummy sanggup ke nak dengar, jerita abang di dalam kubur nanti?"

"Malas lah nak cakap dengan kamu ni. Mummy tak ada selera, kamu makan je lah dengan adik."

Aku tahu mummy sedih. Setiap langkah mummy aku hanya memerhati dengan hati yang sedang meraung sedih dan kecewa. Tak sampai 3 minit. Aku melihat mummy memegang kepalanya. Aku mula gelisah.
Pengsan dan jatuh. Saat itu air mata aku menitis. Aku mula salahkan diri aku.

"Mummy! Maafkan abang buat mummy macam ni. Maafkan abang mummy!" Aku dan Haneez menangis teresak-esak.

Fikiran aku kosong. Dah 2 jam menunggu.

"Abang, tabahkan hati ye. Daddy juga sedih. Tetapi abang tak boleh salahkan diri. Ini takdir. Ini ujian yang Allah bagi kat keluarga kita. Daddy dah mula sedar, kehadiran Hafeez di keluarga ni membuat keluarga ni bercahaya kerana abang yang menyuluh ke arah kami semua dan pemberi itu adalah daripada Allah swt." Daddy mula bersuara selepas 2 jam menyepi.

"Alhamdulillah, abang gembira dengar nasihat daddy. Abang akan teruskan ke jalan dakwah ini. Kita tempuh sama-sama."

Doktor ada di depan kami. Dengan senyumannya itu pasti ada berita gembira.

"Alhamdulillah, Puan Hameezah selesai membuat pembedahan di kepalanya."

"Syukur!" Aku, daddy dan Haneez gembira mendengarnya.


Aku bersyukur sangat. Saat yang ditunggukan sudah menjadi kenyataan. Keluarga sakinah menjadi pilihan kami. Islam menjadi agama kami. Sunnah menjadi amalan. Peritah Allah swt menjadi keutamaan.

Glosari;

1. Nikmat - Nikmat Bermaksud kesenangan, keselesaan dan serba mencukupi dalam kehidupan.
2. Tarbiyyah - Pendidikan.
3. Ukhuwah - Hubungan

05 April 2014

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang (Versi islamik)

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu duniaku jahiliyyah
Sekarang duniaku berhijrah,
Sekarang aku bahagia,
Kerna hati aku dekat dengan Allah,
Dulu aku sesat,
Sekarang di jalan yang benar,
Bersyukurlah pada yang Maha Berkuasa,
Memberi hidayah pembuka hati.

Hidupku dulunya seorang tak reti bersyukur,
Pulang malam hanya bawa dosa,
Mengejar harta dunya,
Terlupa akhirat.

Aku ni pendosa,
Kehulur-kehilir bawa dosa,
Lubuk hati penuh dosa,
Terseksanya aku dahulu,
Hinanya aku,
Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Lirik; Qursyad