26 January 2014

Saat -- Masa.

Saat kau tinggalkan aku,
kau tak tengok masa.

Bila aku tunggu kau,
kau hanya jumpa aku sesaat.

Bila aku mahukan kau,
kau kata kau tak ada masa.

Bila aku tinggalkan kau,
Beringatlah,
Aku tak ada masa dan saat untuk kau.


Simpan sahaja rindu aku.
Maaf jika beremosi.

Bila aku mati,
Jangan lupa,
Al-Fatihah.

Selamat tinggal.

Pimpin.

Nak pesan,

Pimpin aku masuk syurga.

Yang benar,
Seorang pendosa.

25 January 2014

Perindu Sang Khaliq (Part 1)


0558 AM — Madrasah Tahfiz Al-Quran.

"Alhamdulillah syukur aku dapat menghirup udara segar pagi-pagi macam ni. Berpeluang nak hidup kat dunia ni. Moga aku terus istiqamah. Jangan pandang dunia weh." suara menggambarkan seorang budak madrasah yang ingin menuntut ilmu sedang bergembira di pagi hari kerana teringin nak pergi dating dengan Allah sekejap lagi.

Azan berkumandang di surau. Aku bergerak pantas untuk mendapat saf di hadapan. Siapa lah yang tak nak rebut saf depan. Sampai sahaja aku di perkarangan surau, aku pantas mengambil wudhuk. Selesai sahaja tugasan harian aku, terus meluru masuk pintu surau. Nampaknya aku sudah jumpa saf yang sesuai dengan badan aku. Aku tercari-cari sahabat aku, tak jumpa. Mungkin tengah berwudhuk. Aku husnudzon walaupun hati rasa benda lain.

Selesai sahaja solat subuh. Pihak surau selalu adakan kuliah selepas subuh. Ingin sahaja menadah telinga selang berapa minit aku teringat untuk mencari sahabat aku kini tiada di surau. Aku mendapatkan selipar aku, terus menuju ke hostel. Aku tercari-cari kelibat dia. Tidak jumpa. Baru teringat, jubah dia masih tersangkut di depan katil. Tuala pun tiada di tempat sangkut. Jadi aku bergerak menuju ke bilik mandi. Aku melangkah masuk, aku ternampak kelibat seorang pemuda terbaring di atas lantai.

"Amar oh Amar!! Jangan lah main-main. Bangunlah!" Aku goncang badan dia. Aku teruskan. Tidak berhenti.

'Lebih baik aku bawa dia ke hostel, lepas itu aku pergi jumpa tok guru.' bisik hati. Aku terus mengangkat dia ke bahu. Bawa dia masuk bilik. Aku terus menuju ke surau mencari tok guru. Ternampak tok guru di tepi dinding saf hadapan.

"Abi, boleh Abi keluar sekejap? Ana ada benda nak cakap."

Abi bangun tersenyum-senyum dengan jama'ah yang lain.

"Ada apa ni Wahid?" Tanya tok guru kepada aku.

"Abi sebenarnya ana ada masalah sikit. Erm.. erm.. Amar pengsan kat bilik mandi. Sekarang Amar ada di hostel."

"Hah??!! Astaghfirullah Al-Azim. Macam mana boleh jadi?"

"Ana tak tahulah Abi. Ana cari dia tadi kat bilik tapi tak jumpa jadi ana cari dia kat bilik mandi ana terjumpa orang baring rupanya tu Amar, Abi. Apa perlu ana lakukan?"

"Bawa saya pergi ke bilik kamu dan Amar. Biar Abi periksa sekejap."

"Okay jom."

Sampai sahaja bawa tok guru masuk bilik, aku menunjukkan katil Amar.

"Abi rasa kita bawa dia pergi klinik. Abi takut terjadi apa-apa lah. Wahid, awak pergi bawa Amar bawa masuk dalam Van. Abi nak pergi pejabat sekejap." 

"Baik Abi." Jawab ringkas si pemuda bernama Wahid.

Sampai sahaja aku di van. Aku terus baringkan Amar di tempat duduk belakang supaya dia selesa. Aku menghidupkan enjin. Aku terus menunggu kelibat tok guru. Sampai sahaja tok guru berada di tempat pemandu. Aku semakin lega kerana Amar masih ada orang sayang untuk bersusah payah membawa dia ke klinik yang agak jauh perjalanan.

0700 AM— Klinik Rashid 24 Jam.

Sampai sahaja di depan Klinik Rashid 24 Jam, aku mendukung Amar untuk pergi membawa dia berjumpa dengan doktor. Rasanya tak perlu ambil nombor giliran sebab tiada kelibat orang di klinik.

Aku meletakkan Amar di tempat khas. Doktor memeriksa dan terus memeriksa tubuh Amar yang agak berotot.

10 minit kemudian....

"Boleh saya tahu macam mana pesakit ini pengsan?" Soal DR. Rashid.

"Saya tak tahu doktor. Tadi saya ternampak dia terbaring di atas lantai. Saya tak tahu pula apa yang terjadi sebelum kejadian ini."

"Oh begitu. Saya rasa kamu perlu bawa dia ke Hospital Pakar kerana dia ada penyakit..............."


Bersambung.... :p

12 January 2014

Zina Mata [Part 2]

************************************
Di rumah,

Aku masih membelek majalah yang tersusun rapi di tepi tingkap bilik kerja. Aku mula mencari bahan untuk menggembirakan hati. Semalam aku dah kalah dengan perempuan. Aku tertanya sendiri, kenapa dia tidak memandang aku? Aku ni tidak bernilai di mata dia ke? Teruk sangat ke muka aku ni. Pelik juga, perempaun lain cakap aku ni kacak. Tak pakai baju pun kata kacak.

Telefon berdering. Aku melangkah pergi mengambil telefonku di atas meja tamu. Nama 'puteri' berada di skrin telefon aku. "Minah ni nak apa lagi?" bisik hati.

"Hi biy! why you lambat sangat angkat call I? I dah banyak kali call you tau."

"Hi. I ada kat bilik kerja tadi. Kenapa you call ni?"

"Hehe biy, I nak ajak you teman I shopping boleh?"

"Nak teman atau nak suruh belanja? Maaf eh. I busy lah. Next time okay. Bye."

Tak sempat Puteri nak menjawab aku terus tutup perbualan. Malas nak cakap panjang-panjang. Dah terang-terang aku busy, aku tengah korek akal macam mana nak cari perempuan semalam tu.

**************************************

Aku bersiap-siap nak pergi ke pejabat. Aku mengambil beg galas aku yang khas untuk bekerja. Tanpa membuang masa, aku terus hidupkan enjin.

Sampai sahaja di depan pejabat aku. Aku letak kereta di tempat letak kereta khas untuk aku di depan bangunan. Aku terus menuju di pintu utama. Aku pandang sekeliling suasana bangunan. Aku ternampak seorang perempuan yang seakan-akan aku kenal. Aku berjalan menuju dengan si dia. Aku menegur dia dengan penuh kegembiraan.

"Hi awak. Kenal saya lagi? Awak buat apa kat sini?"

'Macam mana dia ada kat sini? Macam mana dia tahu aku ni perempuan yang dia tegur dulu kat Midvalley?" bisik hati Zulaikha. Zulaikha terus pergi tanpa menjawab soalan aku. Dia ni manusia ke apa? Dia buat aku ni macam tak ada erti apa-apa pun. Seolah-olah dia berfikir aku tiada di depan dia. Aku terus kejar dia.

"Hey awak! kenapa awak nak larikan diri daripada saya? Saya ada silap dengan awak ke? Kenapa susah sangat nak pandang mata saya ni?"

Zulaikha memusing badannya ke arah aku tapi dia menundukkkan pandangannya.

"Maafkan saya encik. Saya bukan nak larikan diri. Cuma saya tak nak dilayan seperti ini. Saya tak suka. Kamu ada silap, kamu mengikut saya. Kamu mahu apa? Saya tak pandang kamu sebab saya nak jaga mata daripada berzina." jawab Zulaikha dengan tenang.

"Kenapa awak tunduk? Susah ke nak pandang mata saya ni? Saya ni tak nampak kacak ke? Saya tahu apa yang saya lakukan akan buat awak tak suka tapi saya nak kenal dengan awak je."

"Saya tak akan pandang mata kamu. Itu prinsip saya sejak remaja lagi. Tolonglah faham. Kalau nak kenal, jumpa ibu bapa saya dahulu. Bila kita dah menjadi mahram baru saya kenalkan diri saya. Saya kongsikan hadis kepada kamu untuk lebih faham ............Zina kedua mata adalah dengan melihat..................” (H.R. Muslim, no. 6925). Assalamualaikum w.b.t. 

Dia tinggalkan aku dengan sepotong hadis. Selamat untuk diamalkan jangan hanya tadahkan telinga.