24 May 2014

Tak ada tajuk.

Hari ini aku masih berjalan di atas pasir yang berhubungan dengan laut. Erti jalan ini tanpa penat aku tidak hiraukan. Aku masih teruskan walaupun hati mengatakan 'penat'. Kerana dengan melihat keindahan yang diciptakan oleh Pencipta aku, hati aku akan bergerak dan otak aku akan berfungsi. Begini lah kehidupan manusia perlukan kesenangan hidup. Tetapi kehidupan ini bukan roda yang senang untuk berpusing merata-rata. Perlulah ada orang yang memegangnya dengan prisip sendiri.

"Assalamualaikum cik berpurdah. Izinkan aku bertanya, siapakah kamu sebenarnya?" Suara seorang lelaki mengejutkan wardiah.

"Waalaikumussalam w.b.t. Perlu kah aku memberitahu kamu siapakah aku?"

"Ya perlu! Aku melihatmu dari jauh seperti bidadari!"

"Tapi aku bukan bidadari yang kamu katakan tadi. Aku hanya wanita biasa. Kamu tidak perlu mengetahui siapa aku. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengetahui. Izinkan aku pergi dulu atas urusan peribadi. Assalamualaikum." Dengan pantasnya wanita itu menundukkan pandangannya daripada seorang lelaki yang dia sendiri tidak mengenali.

"Argh! Stressnya aku. Kenapa aku tiada peluang untuk memikat hati si dia? Sombong betul dia, mentang-mentang orang puji dia." marah seorang lelaki itu. Penulis cerita ini pun tidak mengenali siapakah lelaki ini.

Wardiah berlari seperti dikejar oleh seseorang. Tetapi tiada siapa yang mengejarnya. Cuma hati dia dikejar seseorang. Pemikiran dia mula kacau seperti gunung berapi mahu meletup. "Mari sediakan air." Kata penulis cerita ini.

Wardiah mula masuk di dalam sebuah restoran. Fikirannya masih terburu-buru.

Wardiah meminjam hatinya untuk berkata,

"Aku sudah bertemu kisah silam yang sudah lama aku lupakan. Sekarang, sudah wujud kisah ini. Aku tak mahu berjumpa si dia. Tetapi Allah swt, sudah tentukan perjumpaan kami. Aku redha walaupun aku tidak suka. Aku harap dia tidak mengenali aku. Diri aku tidak seperti dulu. Aku sudah dinaik taraf selepas di update dengan menggunakan software taubat. Ya, aku sedang lalui jalan ke arah yang benar. Aku harap si dia begitu juga. I hope."

5 tahun yang lalu,

"Awak, jom dinner sama-sama." Kata Wardiah dengan manja.

"Jom sayang. Biy bawa bby pergi Restoran comel macam bby." Lelaki itu sedang mencubit pipi tembam aweknya.

"Biy bawa lah kereta elok-elok tau. Bby pegang tangan biy supaya tak stress sangat."

"Hmm ye. Biy suka tengok bby macam ni. Nyum nyum tak sabarnya nak kahwin dengan bby ni."

"Hihihi." Wardiah sengih macam kerang busuk. 

10 minit kemudian, mereka sampai juga di Restoran Senyum. Macam biasa, mereka berjalan menuju ke restoran sambil berpimpin tangan. Orang sekeliling tertipu dengan perbuatan mereka berdua. Mereka belum berkahwin tetapi sudah berperangai seperti orang yang sudah berkahwin.

"Bby nak makan apa? biy belanja :)" Lelaki itu bertanya kepada aweknya.

"Bby nak makan biy boleh? hee gurau je. Nak makan Nasi Goreng Kampung! :)" Jawab Wardiah.

"Hee comel je bby ni. Dik! Nasi Goreng Kampung dua, Teh o ais 2 ye!" Lelaki itu tersengih sambil memanggil pelayan itu.

"Okay!" Pelayan itu terus masuk ke dapur untuk menyiapkan pesanan mereka berdua.

30 minit kemudian, mereka sudah habiskan makanan lalu mereka pergi meninggalkan restoran itu.

"Biy nak bawa bby pergi satu tempat. Boleh tak?" Lelaki itu bertanya dengan berhati-hati.

"Nak bawa pergi ke mana? Boleh biy :)" Wardiah tersenyum.

"Ada lah. Rahsia." Lelaki itu tersenyum puas. 

7 minit kemudian,
Dalam masa yang sama wardiah tidak mengetahui kenapa teman lelakinya membawa dia ke suatu tempat perumahan. Wardiah masih bertanya. Dan bertanya.

"Biy, ini rumah siapa?" Wardiah berjalan perlahan-lahan menuju rumah tersebut.

"Siaplah kau wardiah! Kau ditangan aku sekarang ni. Hahahaha." Nafsu si lelaki itu semakin menaik. Tangannya memegang sapu tangan yang sudah diletakkan sejenis dadah yang membuatkan seseorang itu pengsan. Dengan perlahan-lahan lelaki itu mendekati teman wanitanya. Dan..... prapp!!

Mata wardiah berkelip-kelip, kepalanya pening, tangan dan kakinya diikat dengan ketat dan mulutnya ditutup dengan kemas sekali. Wardiah menangis dan menyesal.

"Kenapa.. kenapa dia buat aku macam ini? Apa silap aku pada dia? Aku terlalu sayangkan dia. Tetapi ini yang aku dapat? Aku nak tahu kenapa!!!!!" Wardiah jerit dalam diam.

Wardiah terdengar bunyi tapak kaki yang semakin hampir mendekatinya. Pintu terkuak dengan kuat. Lelaki itu masuk dengan senyuman tajam. Dan dia mula membuka ikatan yang ada pada mulut wardiah.

"Kenapa kau aku macam ni hah?! Apa yang aku dah buat sampai kau sangguh buat aku macam ni?"

"Apa yang kau dah buat? Tak ada apa-apa. Cuma aku nak dekat kau. Aku mahu kau untuk puaskan nafsu aku yang tengah nakal sekarang ni."

BERSAMBUNG......... tunggu eh :p