13 November 2014

Atuk.

http://www.espoirvie.tumblr.com

8/11/2014.

Tercatatlah tarikh peninggalan atuk yang tersayang.

Mohamad bin Nordin dalam ingatan.

Tak sangka, tapi itu yang terjadi,
Apa yang terjadi, kerana itu sudah tertulis,
Kenapa tertulis, kerana itu kehendak-Nya.

Siapa kita nak halang Dia.
Dia ada kuasa, kita?
Kita hanya hamba Dia.

Apa yang kita perlu buat sebagai hamba-Nya?

Ya, bersyukur.

Itu semua ujian.

Aku rindu atuk.
Aku akan ingat sampai bila-bila.
Jika aku masih kuat.

Tarikh tu juga aku pegang dahi, kaki dan tangan si arwah.
Hari terakhir aku melawat.